Tuesday, 26 July 2011

✿ Sharing ✿



Terasa diri sangat kerdil (T_T)

F.U.L.L.S.T.O.P

...................................

✿ Ice - Cream ✿

((( S.H.O.U.T )))

Right Now, I'm Craving For An Ice Cream ! ! !
*Mc flurry oreo ..nyum2*






 pic ihsan mr. gugel

Monday, 25 July 2011

✿ Mentality ✿

Sebenarnya , SANGAT bagus lah kiranya kita dapat  :

Lupakan semua kebaikkan yang pernah kita lakukan untuk orang lain 
 DAN
Lupakan semua keburukan yang pernah orang buat kat kita

 TAPI KENAPA ? ? ?

sebab ...
 kalau kita ingat semua tu kita mungkin akan jadi seorang yang tidak tenang , pendendam , pemarah & pengungkit !

Ya , kita tahu semua tu .. tapi kenapa kita susah sangat nak berubah ??

because

WE'RE NOT PERFECT 

bila hati asyik berbisik "nobody is perfect","we're not perfect"  memang kita akan rasa kelemahan kita tu perkara biasa dan xrasa nak berubah pun.
Kita fikir semua orang macam tu.

Walhal , ada je orang yang dapat atasi kelemahan ni ..
Memang semua orang mempunyai kelemahan , tapi kelemahan kita xsama ..
so, means that masih ada org yang boleh buat macam kata2 kat atas.

Sebagai contoh , yang kat atas ni kelemahan lulu sendiri , tapi lulu xboleh assume ali , ani , abu *tiada kaitan dengan yang hidup mahupon yang telah meninggal dunia.. pon mempunyai kelemahan yang sama.
So , bila kita pk ada orang boley buat or atasi situasi ni kenapa kita xboleh CUBA untuk berubah ?
BERJAYA atau TIDAK
kita jangan pk dulu .. Yang penting kita berusaha ..
Kalau masih xberjaya , xbermakna itu kelemahan 'permenant' kita ..
kita cuba lagi .. lagi.. dan  lagi ...

Actually , untuk peringatan buat diri - sendiri .. (T_T)

Change our -ve mentality

✿ Feeling ✿

I have nothing to write here 
J.U.S.T 


MyEm0.Com
* how do u interprete this ?*

Bye readers !

✿ Formula Sabar ✿

Hye readers,
Hehehe .. Topic bukan maen lagi yer (✿◠‿◠) ..
Lulu nak share formula yang lulu rasa menarik kat sini .
Lulu jumpa dekat wall FB seorang rakan facebook .Dah mtk izin nak share ..

Ok meh kita baca ni buat renungan bersama & buat kekuatan time kita rasa down (^_^)

Saat anda menangis sambil berkata:
 "Mengapa Allah membiarkan persoalan ini menimpaku?"

Katakan pada diri anda:
"Kerana Allah Maha tahu bahawa anda akan tumbuh menjadi org yg kuat!" 

Bila anda mengeluh sambil berkata:
"Mengapa persoalan ini tidak henti2 menghampiriku?"

Katakan pada diri anda:
"Kerana Allah sedang mendidik anda dgn cara itu.Betahanlah! dan tunggu saat
 DATANGNYA pertolongan ALLAH" 

Diri kita bertanya , diri kita jugak yang jawab  hee.. Semoga kita sentiasa dapat bersabar dengan semua dugaan hidup .

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. 
DIA datangkan petir & kilat. 
Kita sedih tertanya-tanya kemana hilangnya matahari . 
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
P E L A N G I 

Allah berikan kita kesusahan (dugaan)
buat kita kerana Allah nak hadiahkan kita kesenangan SEKIRAnya kita
tabah dan terus berusaha .

dan 
ketahuilah 


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
 [Al-Baqarah: 286]

Jadi, kalau kita rasakan dugaan yang Allah berikan tu sangat berat buat kita, bererti kita 
seorang yang KUAT ! 



(dah macam2 ni asalnya nk bg formula kat atas tu je ..)


Sunday, 24 July 2011

✿ Motivation ✿

Hye readers ..
Kata motivasi kita untuk kali ini :

" Nothing 
GREAT 
was EVER achieved
 without 
ENTHUSIASM 

Bercakap tentang motivasi , kita semua tau yang motivasi itu ialah suatu bentuk dorongan minda dah juga hati yang menjadi penggerak utama untuk diri kita untuk sentiasa bersemangat menjalani apa perkara sekalipun dalam kehidupan. And for sure untuk tujuan yang positif . Xda orang yang akan 'motivate' diri sendiri ke arah negatif kan ..hehe ..

Tapi , pernah x rasa setiap kali diri kita dah ter'motivate' , kita akan rasa sangat bersemangat nak capai apa yang kita impikan tu , tapi bila ada halangan or masa untuk capai impian tu terlalu panjang , kita mula hilang keyakinan semula.. and rasa macam asal semula .Pernah?

Memang xdinafikan lulu salah seorang yang selalu rasa macam tu .. Sehingga kan rasa macam motivasi tu xperlu pon dalam hidup .. hehe ..Rasa macam xperlu nak susah2 pergi dengar ceramah motivasi semua tu sbb dah tau diri ni kejap je semangat ..

TAPI . . .

. . entah kenapa even selalu rasa macam tu , lulu tetap selalu suka baca kata - kata motivasi tau .. (^_^)
Kadang - kadang terkena ats batang hidung sendiri .. hihik.
Selalu baca kata2 semangat camtu lama kelamaan rasa ia sangat berguna sebenarnya .. Terus terang lulu cakap , kadang2 bila rasa  something yang boleh buat hilang semangat , rasa down tiba2 otak boleh terlintas kata2 semangat yang pernah lulu baca , so dengan serta merta akan rasa lega sikit ..
Even xbanyak , sekurang2 nya rasa lega sikit pon dah ok (^_^).
Kalau xpercaya , korang cuba la (^_^) .. Selalu baca kata2 motivasi dalam Malay & English .. Best !

Walopon lulu tau sebenarnya mmg sukar sebenarnya kita nak ikut & buat apa yang pakar motivasi tu cakap.
Memang susah serius  !! Contohnya dorang nak kita sentiasa berfikiran positif .. hee .. bagi lulu tu mmg susah , i'm not perfect .. merungut tu misti nak kuar jugak dari mulut ni .. Tapi , atleast kita cuba .. InsyaAllah berkat usaha kita + dengan keizinan Allah kita berjaya .. Mana tau kan ? (^_^)

So, jOm kita sama2 berusaha ke arah kebaikan .. KALAU korang rasa macam ' ala .. susah la ' , 'ala  mustahil la semua ni ' , 'bla..bla.. bla.....
korang ingat balik kata2 kat atas ni tau .. tanpa 'semangat' macam mana nak mula usaha ? tanpa 'semangat' macam mana nk berjaya ? tanpa 'semangat' macam mana nk berubah ?

Apa pun yang kita nak buat, kita perlukan SEMANGAT dulu .. Kalau kita dah ada semangat , kita pasti akan berusaha .. & kalau dah berusaha ?? whats next ? Dah berusaha, dengan izin Allah kita pasti berjaya ..InsyaAllah ..
Percayalah , Lulu dah cuba something guna formula ni , walopon belom berjaya 100% , tapi Lulu dah bersyukur sangat dari zero tau !

As a conclusion,
 If you wish to improve your life, you need to awaken motivation and enthusiasm.



Psst . . Lulu bukan pakar motivasi tau .. he..he.. sebenarnya ni semua untuk peringatan untuk Lulu jugak .. meh la sama - sama kita usaha ..
Chaiyokkk .. !





Saturday, 23 July 2011

✿ Kejohanan Ping Pong Liga IPT ✿

20hb sampai 24hb lulu kat Ipoh ,Perak .. 
Ikut enchek husben bawak student dia g kejohanan ping pong liga ipt . 
Harini dah hari ke 3 pon kat ipoh ni tapi xg jalan2 mana2 pon, just g stadium & kat bilik jela . 

Nak cite pasal ping pong pon lulu bukan pandai sgt pasal ping pong ni.. just tgk je(^_^).. Banyak ipt yang jOin liga IPT kali ni tau .. persaingan sangat sengit .. Yang kena lawan dengan atlit sukan komenwel pon ada .. Kena redha je la.. hihi .. Oklah , xtau nk cite pepanjang Jom tgk gamba kat sana je (^_^)



Psst .. jangan lupa bola Malaysia vs Singapore malam ni tau ..wee (^_^)

Thursday, 21 July 2011

✿ Something to Share ✿

Xda niat nak buat entry panjang2 kali ni .. 
Just nak share something yang lulu jumpa ..

"Merungut , mengeluh , menyalahkan diri sendiri adalah sifat orang yang lemah. Kelemahan diri adalah punca segala penyakit . Sentiasalah berfikiran positif dan redha dengan segala ketentuan Allah" 
- Prof Dr Muhaya -
(Boleh 'like' facebook beliau)


Nampak mudah kan ? Sebenarnya nak jadi seorang yang SENTIASA berfikiran positif tu sangat susah .

Tapi kalau kita dah mengalah sebelum cuba pun xbagus kan . 
Allah pun suka kalau kita selalu berusaha dalam apa pun yang kita lakukan untuk berjaya. So, jom kita sama2 berusaha untuk sentiasa berfikiran positif.

Memang xnafikan tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni , tapi atleast kita sentiasa CUBA untuk jadi yang terbaik dah cukup memadai (^_^)

✿ Pernah rasa x ? ✿

Nak tanya ..
Pernah x bila korang beritahu kat seseorang, yang korang ada terasa dengan dia pasal something, then dia macam marah korang balik ? Then buat muka macam xpuas hati je.. Pernah x? 
Padahal kita tgh sedey (ala-ala mahu di tenangkan & dipujuk laaa...... ^_^)  & xda niat pon nk tegangkan keadaan or pape ..
Last2 bukan rasa bertambah tenang or lega , bertambah sedih lagi ada laa...
Bila dalam situasi macam ni , sebenarnya apa yang perlu kita buat eh ? 
Mula2 terasa n sedey sikit je , last2 jadi bertambah sedeh n sakit lagi ada la.. Huuuhhhh .... Tiada kata yang lebih sesuai selain Sabar , sabaQ , be patient .. Kadang2 orang cakap diam kan je , xpayah bgtau yang kita terasa .. Mmg boleh , tapi rasa kalau byk kali berada dalam situasi tu kita diam je , takut sekali meletop macam2 kita ungkit n bgtau nnt (T_T).. Kalau terlampau banyak kali sangat kita lalui situasi macam tu boley rasa bertambah2 tekanan perasaan kan .. stress !  adOi..
- pic baby comel stress ehsan google -

Wednesday, 20 July 2011

✿ Hobi Baru ke ? ✿

Assalamualaikum pembuka bicara .. hihi
Selepas dari kahwin bulan 12 tahun lepas , rasa macam dah ada hobi baru tau .. he he ..
Nak tau hobi apa ? Jeng .. jeng .. jeng ...
Memasak !!
wuiii .. macam xpercaya je.. Dulu masa sebelom kawen rasa nak masak apa-apa xberani je tao..
bukan sebab apa, takut xmenjadi . kalau xmenjadi takut rugi sbb barang mak kita yang beli kan..hihi
Sekarang nk masak pape , kita yang beli sendiri so kalau xjadi tu xlah nk takut apa kan.. kalau xsedap pon kita sendiri yang makan ..hehehe *kesian kat enchek suami, terpaksa makan jugak kalau xmenjadi ..hihi* 
Tapi xsemua yang lulu rajen nk masak .. 
Minat lebih dalam cake ke , muffin ke ,apam ke , kueh , puding ke mcm tu la .. 
Rasa happy bila dapat buat sendiri benda2 tu semua .. (^_^)
Xmo lah bebel banyak sangat .. Just nak share resepi kek marble yang senang sangat nk buat .. 
Dah la senang nk buat , bahan2 pon mudah nk dapat , rasa pon sangat sedap .. 
Husband , mama n jiran lulu dah rasa pun kek ni ..
Semua kata sedap (^_^) .. Cuba tau .. Ni resepi nya ..

Bahan - bahan : 

1 cwn mentega 
2 biji telur
1 cwn gula
2 cwn tepung
Pewarna & perasa

Cara - cara :

Pukul gula dan  mentega sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kemudian masukkan tepung.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas mengikut berapa warna yang anda mahu.
Kemudian titiskan pewarna dan perasa. Jika mahu gunakan esen vanilla je pon boleh.
Sapu mentega pada loyang dan masukkan adunan sesudu demi sesudu secara berselang seli (warna) .
Kemudan bakar pada suhu 170 dalam masa 30 - 40 minit .
Siap !!

Selamat mencuba (^_^) 


Tadaaaa .. ! ! ! Ini lah hasilnya .. 
Warna pilihan Pink , Purple & Hijau .. Ok, nnt dah cuba boley kasik link nk tgk jugak..wee ..
 Nanti bila free lulu share resepi lain lagi k ? Jangan risau , resepi yang pasti mudah .. sebab saya pon budak baru belajar  (^_^) .
Daaa ...

Tuesday, 19 July 2011

✿ (T_T) ✿

Mengapa ?? Kenapa ?? Sampai bila ?? 


✿ Tak bersyukur ke ? ✿

Kita sebagai manusia selalu tidak bersyukur ke ?? 
Pernah x hati berkata ' Seronoknya jadi mcm dia ' , ' Kenapa aku xboley jadi macam dia ' ,'Bahagianya dia ' Seronoknya boley beli macam tu '  & macam2 lagi lah ..hehe .. Pernah x? 
Memang x dnafikan Lulu pernah jugak rasa macam tu . Biasalah semua orang kat dunia ni xda yang sempurna ... Kadang2 muhasabah diri balik .. Ish aku nk xbersyukur ke atau mmg ada 'something wrong'  kat mana2 yang buatkan kita xboley nak kecapi semua tu ? Kadang2 honestly sedey bila pk pasal semua kekurangan kita ni ..
Memang semua orang nak yang terbaik .. 
Cuma boleh capai ke x  & bila nak capai tu kita semua sendiri xtau kan.. 
Hmm .. xtau lah .. 
Just live our life dengan riang gumbira & dengan sentiasa bersyukur jela jalan yang terbaik (^_^) . (nak sedapkan hati sendiri sebenarnya  . . hihi)
Enchek suami selalu tanya apa tujuan kita hidup kat dunia ni sebenarnya ? .. Dia cakap tujuan hidup kita di dunia ni menurut islam ialah untuk mendapatkan keredhaan dari Allah..
Betul kan ? Tapi .. kita tetap perlu melalui liku2 hidup sebelum akhirat .. Hidup kita yg pasti akan berkait dengan wang ringgit , manusia laen , masalah , mcm2 lagi lah .. Benda2 tu lah yang buat kita rs down n sentiasa rasa ter'uji' ..(^_^) ..
Fuhh .. mmg xtau nak cakap dah ..
kesimpulannya, hidup ini mmg sangat rumit ..
Cuma kita semua perlu kuat menghadapinya n perlu sentiasa rasa nk majukan diri kita sendiri..
xla rs down sgtkan..

Akhirat & duniawi perlu seimbang

Monday, 18 July 2011

✿ Insan Istimewa ✿

4 June 1986 lulu di lahirkan kat dunia ni .. Dari kecik sehingga sekarang Lulu dapat kasih sayang yang penuh dari seorang insan yang bergelar Mama .. 
Beliau seorang mama yang cukup KUAT , TABAH dan PENYAYANG .. 
Beliau sentiasa beri semangat kepada anak2 dalam pelajaran dan juga kehidupan . . Tidak pernah merungut dalam usaha membesarkan anak2 .Dan sentiasa lakukan yang terbaik buat anak2 .. 
Beliau adalah seorang mama yang sangat baik .. 
Tapi, kadang2 sedih bila kita sebagai anak xdapat nk balas jasa & pengorbanan ibu bapa kita.. Tiada apa dapat Lulu beri pada mama buat masa sekarang , cuma doa sentiasa di panjatkan buat Mama & Papa .. Niat untuk lakukan yang terbaik buat mama xpernah pudar dalam hati ini .. Ketahui lah mama, anakmu sentiasa sayang kamu sampai bila2 .. Buat pengetahuan semua , papa telah kembali ke rahmatullah pada 9 June 2008 .. Al - Fatihah buat Papa tersayang .. 

Doakan Lulu dapat kerja cepat.

Semoga Allah murahkan rezeki-ku . . Amin



Salam . . Hi . .
Ini belog yg ke berapa kali lulu pOn dah xingat :) .. 
Nothing special bOut this belog .. 
Cuma nk crita apa2 yang berlaku dalam kehidupan seharian lulu je .heheh .. harap sudi2 baca ye.. n maybe kita boleh share sumthing yang best dalam dunia blogging.. So, sudi2 lah jadi my follower jugak (^__^) ..

_Salam Perkenalan buat semua_