Wednesday 7 September 2011

✿ Petknode, Kucing & . . . ✿

Salam readers . .
Baru - baru ini ada x dengar pasal kes petknode tu ? ? huu . . sedih kan ?
Bagi yang xtau , petknode ni adalah premis yang mnyediakan pusat jagaan haiwan kesayangan . . 
kalau xsalah lokasi mereka di PJ .
kalau ada yang nak pegi bercuti lama xbawak haiwan peliharaan mereka ,
 mereka akan hantar ke pusat jagaan haiwan macam ni untuk bayaran tertentu mngikut pakej yang di sediakan . .
Tapi apa petknode dah buat ?? Dorang xbagi haiwan peliharaan bawah jagaan mereka makanan or minuman selama beberapa hari !! Sangat xpatut . . huhu . .Kesian sangat kucing2 tu semua . . Ada yang dah sangat kurus , dehydrated & yang lebih sedih dah ada pun yang mati . 
Ada yang mengatakan bahawa petknode sepatutnya menjaga haiwan2 yang di hantar kepada mereka di musim perayaan tetapi di sebabkan cuti raya , mereka sanggup biarkan kucing tu xmakan dan xminum selama lebih kurang seminggu ! Sedih kan ? ?

Pada 6 september baru ni , petknode ada buat note kat FB mohon maaf kat semua . . 

Ini note tu :

Dengan ini , kami , Shahrul dan Yushairi , pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store , dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri , ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing dan perniagaan yang kecil , kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk mnguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri .

Tapi dorang  dah delete account FB dorang selepas masih ramai yang xdapat terima maaf dari dorang.
Ok , meh tgk gambar kucing2 yang telah di selamatkan dari petknode : 



(gambar dari FB - Kucing Terbiar & Anjing Jalanan)

Sedih kan tengok kucing - kucing ni . .:((
 Semalam ramai yang volunteer berkumpul di kedai2 kosong berdekatan balai polis damansara untuk jadi fosterer untuk kucing - kucing ni & bagi cage untuk kucing .
Dorang sangat baikk (^_^)

Korang boleh tgk lagi gambar kucing-kucing lain & boleh tahu perkembangan semasa kes ni di sini :

No comments:

Post a Comment